Home Hubungi Kami

Soal Jawab Power Saver

 

 

 

alat jimat letrik

Saya masih kurang jelas bagaimana Power Saver berfungsi?

alat jimat letrik

Power Saver ini adalah satu alat khas yang mengandungi kapasitor di dalamnya. Kapasitor ini berfungsi untuk menambahkan tenaga bagi membolehkan meningkatkan peratusan power factor tanpa menjejaskan prestasi sebenar peralatan elektrik sedia ada.

 

Power Saver adalah dikategorikan sebagai 'gadget' atau peralatan istimewa yang boleh digunakan dengan sah dan selamat. Ia adalah sama sepertimana anda memasang TV, peti ais, kipas angin. Tiada yang pelik pada alat ini!

 

Penggunaan kapasitor untuk penjimatan dan mengawal selia pembaziran tenaga adalah kaedah yang sudah lazim digunakan oleh pihak-pihak pembekal tenaga kepada pengguna seperti Tenaga Nasioal Berhad (TNB) di Semenanjung, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)di Sabah dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO)di Sarawak.

 

Perbezaannya, power saver ini adalah untuk skala penggunaan yang kecil seperti perumahan, pejabat, dan IKS iaitu penggunaan bulanan di antara 350kWH sehingga 10,000kWH sahaja.

 

Bukan sekadar penjimatan elektrik, ia juga berfungsi sebagai penstabil voltage dimana ia dapat mengawal kuasa yang secukupnya semasa berlaku ketidakstabilan kuasa yang dibekalkan di rumah atau premis anda.

 

Apa fungsi penstabil voltage atau stabilizer ini?

alat jimat letrik

Untuk makluman, kadar voltage yang dibekalkan di Malaysia adalah di antara 220 - 240V. Voltage ini boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Kekerapan berlakunya ketidakseimbangan voltage boleh menyebabkan mudahnya berlaku kerosakan pada alat-alat elektrik.

 

Dengan adanya fungsi 'stabilizer' yang dimiliki oleh power saver ini, maka ia dapat membantu mengawal voltage tersebut agar lebih konsisten seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda.

 

alat jimat letrik

Tak salah ke guna alat ini? Saya bimbang akan didakwa oleh TNB kerana mencuri elektrik.

alat jimat letrik

Penjimatann kaedah Power Factor adalah cara yang disyorkan oleh ST. (Rujuk  pada newsletter tips penjimatan yang telah anda terima). Ianya sah dan tidak salah disisi undang-undang. Anda bukan mencuri elektrik. Pemasangan alat ini sama seperti alat elektrik lain seperti TV, peti sejuk dan sebagainya. Anda tidak perlu mengubahsuai apa-apa. Anda tak perlu sentuh meter!

 

Anda harus faham bidang kuasa pihak TNB, SESB, SESCO. Sebarang alat elektrik yang dipasang di dalam rumah bukan menjadi tanggungjawab mereka. Contohnya, anda memasang TV, peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya.

 

Adakah anda perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu? Mereka hanya bertanggungjawab pada peralatan yang dipasang daripada meter sehinggalah ke ibu sawat. Namun pernahkah sesiapa memasang atau menganggu peralatan mereka di tempat tersebut? Mungkin ada mungkin tidak. Yang ada tu siapa ye? ..yang curi kabel! :-)

 

Oleh itu, adalah kesalahan besar jika anda mengubahsuai atau menggangu peralatan mereka bermula dari meter hinggalah ke ibu sawat. Saya pasti anda tentu tidak akan melakukannya.

 

alat jimat letrik

Jadi, kalau maca tu siapa yang bertanggungjawab pada alat elektrik di dalam rumah samada ia selamat atau tidak? SIRIM ke?

alat jimat letrik

Pihak yang bertangungjawab sepenuhnya untuk memantau penggunaan sesebuah peralatan elektrik di dalam rumah ialah Suruhanjaya Tenaga (ST). Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Bekalan Elektrik (JBE). Bukannya SIRIM!

 

Semua peralatan elektrik samada dari dalam atau luar negara perlu mendapat pengesahan daripada ST terlebih dahulu. Begitu juga alat elektrik yang diimport dari luar negara seperti dari negara China dan lain-lain. Mesti mendapat pengesahan ST terlebih dahulu.

 

alat jimat letrik

Power Saver ini ada pengesahan dari ST ke?

alat jimat letrik

Ya, sememangnya ada. Alat ini telah mendapat pengesahan daripada ST sebelum ianya boleh dipasarkan kepada pengguna. Sebab itulah syarikat boleh memasarkannya.

 

Antara kandungan di dalam surat pengesahan daripada ST menyatakan bahawa alat ini adalah Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan.

 

alat jimat letrik

Apa maksudnya Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan?

alat jimat letrik

ST mengkategorikan peralatan elektrik kepada 2 kumpulan iaitu Contol Item atau Barang Kawalan dan Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan.

 

Adalah menjadi bidang kuasa ST bahawa peralatan elektrik yang dikategorikan sebagai Barang Kawalan, sebarang pihak atau syarikat pengeluar perlu mendapatkan pegesahan daripada SIRIM terlebih dahulu sebelum digunakan oleh pengguna.

 

Contoh barang kawalan adalah seperti TV, sterika, kipas angin, periuk nasi dan banyak lagi. Senarai barang kawalan boleh didapati dari syarikat ini yang dikeluarkan sendiri oleh ST. Barang-barang ini dapat dibezakan dengan mempunyai label (sticker) SIRIM manakala bukan barang kawalan tidak mempunyai label SIRIM tetapi sah digunakan.

 

Bagi barang kawalan pihak pengeluar perlu memohon kepada SIRIM dan perlu mematuhi beberapa prosidur yang telah ditetapkan oleh pihak SIRIM. Antaranya ialah dengan membuat beberapa ujikaji di SIRIM.

 

Sekiranya tidak berbuat demikian maka ia adalah satu kesalahan dan peralatan tersebut adalah berisiko kepada pengguna samada dari segi keselamatan atau keberkesanannya.

 

Namun demikian alat power saver ini adalah barang bukan kawalan yang mana secara teknikalnya tidak memerlukan pengesahan SIRIM, namun atas kepentingan dan keselamatan pengguna, alat ini juga telah dihantar untuk diuji oleh SIRIM bagi memastikan tahap keberkesanan dan keselematan penggunaannya.

 

alat jimat letrik

Betul ke Power Saver ini boleh menjimatkan bil elektrik?

alat jimat letrik

Itulah tujuan alat ini dicipta. Keberkesanan alat ini telah dibuktikan daripada ujikaji yang telah dilakukan sendiri oleh pihak SIRIM. SIRIM mengesahkan ianya berfungsi sebagaimana tujuan ia dicipta dan berfungsi dengan baik.

 

Tambahan pula, daripada maklumbalas di kalangan pengguna yang menggunakan Power Saver ini, mereka telah memperolehi penjimatan kepada bil  elektrik mereka.

 

Penjimatan antara 10 - 20% kebiasaannya akan direkodkan untuk penjimatan dalam keadaan biasa. Peratusan penjimatan ini bergantung kepada jenis bebanan dan penggunaan peralatan elektrik yang digunakan.

 

Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutamanya penggunaan berhampiran kilang-kilang dan kawasan industri dimana banyak berlaku 'power loss' pada tenaga elektrik.

 

Anda tidak perlu bimbang kerana alat ini dilindungi oleh jaminan wang dikembalikan, maka anda boleh membuat tuntutan sekiranya tiada pengurangan bil yang direkodkan. Syarat jaminan wang dikembalikan adalah seperti yang dinyatakan di bahagian yang berkenaan.

 

alat jimat letrik

Adakah kerajaan atau pihak ST melarang penggunaan alat ini?

alat jimat letrik

Tidak, sebaliknya ia sangat digalakkan kerana alat seperti ini dapat menghasilkan 'high energy rating equipment'. Sebagai contoh, apabila anda membeli penghawa dingin atau mesin basuh baru, anda ada pilihan memilih samada mesin basuh atau penghawa dingin jenis 'high energy rating' atau 'low energy rating'.

 

Peralatan elektrik yang mempunyai 'high energy rating' sebenarnya akan menggunakan tenaga elektrik yang kurang berbanding peralatan yang mempunyai 'low energy rating'.

 

Anda boleh melihat label 'high energy rating' ini kebiasaannya pada kotak peralatan elektrik tersebut.

 

Namun demikian peralatan 'high energy rating' adalah lebih mahal daripada 'low energy rating'. Power Saver ini pula berfungsi sama seperti alat elektrik 'high energy rating' tersebut.

 

alat jimat letrik

Bagaimana caranya memasang alat ini?

alat jimat letrik

Pemasangan Power Saver ini sangat mudah. Cuma masukkan saja plug power saver ini ke soket 13 Amp iaitu soket yang biasa di rumah atau premis anda. Pasangkan di soket yang paling dekat dengan Distribution Box (DB). Kemudian 'on'kan.

 

Jangan gunakan penyambungan soket tambahan atau berkongsi soket dengan plug peralatan elektrik lain apabila memasang Power Saver ini.

 

alat jimat letrik

Adakah Power Saver ini memerlukan penyelenggaraan?

alat jimat letrik

Tidak. Ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan pun. Anda tidak perlu melakukan apa-apa pengubahsuaian atau penggantian pada komponen alat power saver ini sepanjang tempoh penggunaan.

 

alat jimat letrik

Adakah perlu pengubahsuaian pada pendawaian elektrik sedia ada?

alat jimat letrik

Tidak perlu. Anda tak perlu buat sebarang pengubahsuaian pada litar elektrik atau DB anda. Ia sememangnya dicipta secara konsep 'plug & play'. Plug saja ke soket anda.

 

Ya memang ada alat penjimatan elektrik yang lain yang memerlukan anda melakukan pengubahsuaian di DB, tetapi bukan alat penjimatan power saver ini.

 

alat jimat letrik

Adakah alat ini ada Jaminan atau Warranty?

alat jimat letrik

Ya. Oleh kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan dan kualiti produk, Power Saver ini mempunyai jaminan 12 bulan yang merangkumi 'manufacturing' atau 'material defects'.

 

Anda tidak perlu bimbang kerana jika alat ini tidak berfungsi seperti mana biasa dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh beli, maka kami akan gantikan dengan yang baru kepada anda.

 

alat jimat letrik

Apakah skop Jaminan 12 bulan tersebut?

alat jimat letrik

Skop Jaminannya mudah. Tiada yang diselindungkan. Jika ia tidak lagi berfungsi seperti kebiasaannya, berkemungkinan terdapat komponen yang rosak di dalamnya. Salah satu tanda ialah melihat kepada lampu merah yang menyala pada Power Saver ini. Jika ia tidak menyala ketika alat ini 'on'kan, mungkin terdapat kerosakan komponen pada alat ini.

 

Hubungi terus pejabat urusan dan hantarkan terus Power Saver tersebut di Unit Khidmat pelangan di pejabat urusan. Secara pos pun boleh diterima. Sertakan bersama resit jualan atau kad jaminan anda sebagai bukti pembelian.

 

Sebaik kami menerimanya, kami akan menggantikannya dengan yang baru. Tiada kos tambahan penghantaran. Ia PERCUMA!

 

alat jimat letrik

Apakah yang tidak dijamin dalam tempoh Jaminan 12 bulan?

alat jimat letrik

Perkara berikut adalah kerosakan yang tiada dalam jaminan:

  • Jatuh - samada sengaja atau tidak.

  • Diubahsuai - luaran atau dalaman.

  • Kerosakan disebabkan gangguan lain seperti litar pintas atau kilat.

  • Bencana alam - banjir atau gempa bumi.

alat jimat letrik Saya berminat dengan alat ini dan ingin membeli. Bagaimana caranya?
alat jimat letrik

Untuk membeli sangatlah mudah. Anda boleh membeli dengan dua cara samada terus melalui kami iaitu melalui laman web ini atau cara kedua adalah melalui agen atau pengedar kami yang dilantik.

 

Untuk terus membeli daripada laman web ini, anda hanya perlu membuat bayaran ke dalam akaun yang dinyatakan atau mengikut kaedah bayaran yang dinyatakan pada ruangan bayaran.

 

Bayaran boleh dilakukan secara bank-in ke Maybank atau Public Bank, kad kredit, cek, wang pos, money order atau datang sendiri ke pejabat urusan.

 

Untuk membeli dari agen atau pengedar kami, anda bolehlah menghubungi mereka ditempat yang terdekat dengan anda.

 

alat jimat letrik

Jika berlaku kerosakan ketika penghantaran pesanan, bagaimana? Ada jaminan tak?

alat jimat letrik

Sistem penghantaran secara Pos Laju adalah cepat dan selamat.

 

Namun jika berlaku kerosakan yang disebabkan semasa penghantaran, pesanan anda adalah dilindungi. Jika ketika menerima alat ini anda merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada alat ini, sila laporkan kepada Bahagian Khidmat Pelanggan di talian 03-8062 1947 untuk melakukan penghantaran semula.

 

Hubungi terus kami dan hantarkan terus Power Saver tersebut kepada ke pejabat urusan. Secara pos juga diterima. Sertakan bersama resit jualan sebagai bukti belian.

 

alat jimat letrik Saya nak mencuba dahulu. Boleh tak bagi free dulu? Kalau berkesan baru saya beli?
alat jimat letrik

Memandangkan alat ini mempunyai Jaminan Wang Dikembalikan 6 Bulan, maka cara tersebut adalah tidak praktikal untuk dilakukan.

 

Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh membuat tuntutan jaminan wang dikembalikan sekiranya terbukti tiada pengurangan pada bil bulanan anda.

 

alat jimat letrik

Adakah alat ini selamat?

alat jimat letrik

Ya. Alat ini dicipta mengikut standad pembuatan yang tinggi. Sila lihat komponen dan ciri-ciri keselamatan power saver ini yang dipaparkan di bawah ini: 

 

 

alat jimat letrik

 

Bagi menjamin aspek keselamatan alat ini, ia juga telah diinsurankan dengan jaminan '1 Million Product Liability Insurance'. Perlindungan insuran ini akan diperbaharui setiap tahun.

 

Ini bermakna anda dilindungi di bawah penggunaan alat ini dan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan sebagainya yang disebabkan oleh alat ini maka anda dilindungi dengan tuntutan sehingga RM1 juta.

 

alat jimat letrik

Adakah saya perlu onkan power saver ini setiap masa?

alat jimat letrik

Ya. Power saver model 188 dan 88 boleh dionkan setiap masa untuk mendapatkan penjimatan yang optimum. Jangan bimbang! walaupun ia dionkan setiap masa tetapi ia tidak akan menggunakan lebihan tenaga kerana ia telah diciptakan dengan teknologi sedemikian rupa.

 

Namun demikian, bagi model 388, ia perlu dioffkan sama seperti penggunaan alat elektrik lain sekiranya anda tidak menggunakan alat elektrik atau meninggalkan premis dalam tempoh yang panjang.

 

Perhatian: Alat ini juga menyimpan tenaga elektrik selama 10 saat selepas ianya dioffkan. Oleh itu tunggulah selama 10 saat sebelum anda mencabut plug daripada soketnya sebagai langkah keselamatan.

 

alat jimat letrik

Bagaimanakah untuk menentukan model Power Saver yang sesuai untuk saya?

alat jimat letrik

Power Saver ini mempunyai 3 model.

  • Model 88 (bil kegunaan bulanan RM50 - RM100)

  • Model 188 (rujuk jadual di bawah)

  • Model 388 (rujuk jadual di bawah)

Model 88 adalah untuk bil elektrik bulanan antara RM50-RM100 mengikut tarif kediaman.

 

Model 188 pula adalah sesuai untuk penggunaan bil elektrik kurang RM350 sebulan bagi tarif kediaman. Manakala model 388, adalah sesuai untuk bil elektrik melebihi RM350 dan ke atas bagi tarif kediaman.

 

Jadual di bawah adalah sebagai panduan anda mengenalpasti model yang sesuai untuk anda.

 

Anda boleh melihat kepada KWH penggunaan sebulan untuk bil-bil tarif selain daripada tarif kediaman. Contoh jika bil anda adalah tarif perdagangan atau perniagaan maka anda perlu melihat kepada jumlah penggunaan KWH bulanan untuk menentukan model yang sesuai.

 

 

 

 

 

Model

Penggunaan Bulanan

Penggunaan Bulanan

Single Phase

*3 Phase

 

Power Saver

Model 188

 

350KWH - 1,000KWH

atau

RM100 - RM350

(tarif kediaman)

 

750KWH to 2,000KWH

atau

RM300 - RM800

(tarif kediaman)

 

 

Power Saver Model 388

 

500KWH - 2,000KWH

atau

RM350 - RM800

(tarif kediaman)

 

1,500KWH to 6,000KWH

atau

RM600 - RM2,500

(tarif kediaman)

 

 

Model 388 perlu di offkan apabila hanya sedikit sahaja alatan elektrik digunakan.

Contohnya seperti apabila hanya peti sejuk sahaja digunakan.

 

Jangan bimbang, jika anda menghadapi masalah untuk pemilihan model, sila  hubungi terus pejabat kami dan kami akan membantu anda mengenalpasti model yang sesuai untuk anda.

 

alat jimat letrik

Apakah bezanya pemasangan untuk Single Phase dengan 3 Phase?

alat jimat letrik

Untuk pendawaian Single Phase anda hanya perlu memasang 1 unit power saver sahaja mengikut model yang dinyatakan di atas.

 

Namun untuk 3 Phase, anda memerlukan 3 unit power saver untuk dipasang pada soket setiap phase. Ini kerana penjimatan perlu dilakukan pada ketiga-tiga phase untuk mendapatkan penjimatan yang optima.

 

Rujuk rajah pemasangan Single Phase dan 3 Phase di bawah:

 

Rajah pemasangan Single Phase dan 3 Phase:

 

     Single Phase             3 Phase (merah, coklat/kuning, biru)

 

alat jimat letrik

Bolehkah ketiga-tiga model tersebut digunakan pada Single Phase atau 3 Phase?

alat jimat letrik

Ya boleh. Ketiga-tiga model 88, 188 dan 388 boleh dipasang samada pada Single dan 3 Phase. Ini kerana pemilihan model bukan bergantung kepada phase tetapi ianya bergantung kepada bil atau KWH penggunaan bulanan bil elektrik anda.

 

Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti jumlah bil bulanan anda setiap bulan bagi mendapatkan model yang betul.

 

alat jimat letrik

Apakah saiz sebenar Power Saver ini. Besar ke atau kecil?

alat jimat letrik

Kesemua saiz power saver adalah sama walaupun modelnya berbeza.

 

Size: 126X138X80mm. 

Berat: Model 188: 700g / Model 388: 800g

 

Lihatlah saiz sebenar hanya sebesar di atas tapak tangan.