Penting! Sila Baca
Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang
Dikembalikan
Untuk Pelanggan
Alat Jimat Letrik
-
Jaminan ini adalah bertujuan untuk
melindungi hak anda sebagai
pengguna dan juga hak sebagai
penjual.
-
Syarat jaminan ini berkuatkuasa
mulai hari Khamis, 9hb. Ogos 2007.
-
Ini adalah Jaminan Wang
Dikembalikan sebenar dimana wang anda
akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil
elektrik selepas menggunakan Power Saver
ini.
-
Jaminan ini hanya sah dalam tempoh
6 bulan selepas dari tarikh
belian.
-
Bil elektrik anda hendaklah
sekurang-kurangnya minima 3
bulan penggunaan Power Saver secara penuh
pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan
perbandingan semasa dan
sebelum menggunakan Power Saver
dapat dilakukan secara adil.
-
Penggunaan pada tempoh percubaan
hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan
semasa menggunakan Power Saver. Pada tempoh ini
anda dicadangkan tidak menambah peralatan
elektrik lain atau menggunakannya dari kadar
biasa bagi memudahkan perbandingan
nanti.
-
Perbandingan akan dilakukan di
antara bil-bil elektrik bulan
pertama, bulan kedua dan
bulan ketiga selepas pemasangan
Power Saver dengan bil-bil elektrik bulan
sebelum menggunakan Power
Saver.
-
Oleh yang demikian anda boleh
membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada
bulan keempat hinggalah bulan
keenam.
-
Hantarkan terlebih
dahulu 3 bulan salinan bil-bil
elektrik selepas menggunakan Power
Saver dan 2 bulan salinan bil-bil
elektrik sebelum menggunakan Power Saver
ke pejabat samada secara faks
atau datang terus. Ini bagi membolehkan kami
membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil
elektrik anda.
Hubungi khidmat pelanggan kami
terlebih dahulu sebelum menghantar faks untuk
memastikan bil anda dapat diterima dengan
sempurna.
-
Hantarkan juga
alat Power Saver samada secara pos
atau datang terus ke pejabat.
Untuk kemudahan penghantaran pos, anda boleh
menggunakan penghantaran Pos Laju dimana ia
adalah cepat dan selamat sampai ke pejabat.
-
Alat Power Saver hendaklah
diterima dalam keadaan masih baik
dan boleh digunakan. Power Saver yang telah
rosak tiada jaminan wang
dikembalikan.
-
Alamat pejabat
adalah:
1-11A, Jalan Indah
3/2
Taman Puchong
Indah,
47100, Puchong,
Selangor.
-
Wang dikembalikan akan diberikan
secara bank-in ke akaun bank anda atau secara
tunai jika anda datang terus ke pejabat.
-
Caj perkhidmatan
sebanyak RM30 akan ditolak daripada
harga setiap unit yang dipulangkan.
Contohnya jika anda membeli seunit Power Saver
berharga RM199, maka jumlah wang yang akan
dikembalikan kepada anda ialah RM199 ditolak RM30
(caj perkhidmatan) =
RM169.
-
Jika 2 unit
dipulangkan bermakna caj perkhidmatan adalah
RM60 dan begitulah
seterusnya.
-
Saya setuju dan faham dengan
syarat ini.
|